Jumat, 23 Agustus 2013
Cabaran Guru Yang Bertugas Di Sekolah Pedalaman
KUALA LUMPUR 2 Mac Kerajaan akan menimbangkan untuk mewajibkan semua guru bertugas di kawasan pedalaman antara tiga dengan lima tahun daripada tempoh perkhidmatan mereka.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan sasaran untuk menyahut cabaran itu ialah guru-guru yang masih belum berkeluarga.
Katanya, langkah itu akan menjadi satu bentuk dorongan dan cabaran baru kepada warga pendidik untuk bertugas di kawasan pedalaman di atas dasar khidmat sosial kepada negara.
Beliau berkata, cadangan itu bertujuan mengatasi masalah penempatan guru di kawasan pedalaman yang menjadi salah satu cabaran besar yang dihadapi Kementerian Pelajaran pada masa ini.
Dalam tempoh 30 tahun guru berkhidmat, mungkin boleh antara tiga ke lima tahun dari tempoh itu mereka memberi perkhidmatan di kawasan pedalaman.
(Ini) sebagai satu kewajipan, bukan sebagai satu pilihan dan ini memang perlu kita lihat, katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian sewaktu ditemu bual dalam rancangan Agenda Awani yang disiarkan oleh stesen televisyen Astro, di sini malam ini.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan sebenarnya telah menyediakan beberapa bentuk galakan untuk guru bertugas di kawasan pedalaman seperti elaun sara hidup maksimum RM1,500 sebulan.
Bagaimanapun, katanya, yang lebih penting ialah kesungguhan dan kesediaan warga perguruan untuk berkorban demi anak bangsa.
Kalau semua nak pergi ke kawasan bandar, tidak ada pihak yang bersedia untuk berkorban mendidik anak- anak di pedalaman. Ini adalah satu kepincangan dalam sistem (pendidikan) kita, katanya.
Dalam pada itu, mengenai arahan mewajibkan setiap pelajar sekolah menengah dan rendah mengambil satu jenis sukan bermula tahun depan, Muhyiddin berkata, pihak sekolah tidak wajar memberikan pelbagai alasan untuk tidak mematuhinya.
Muhyiddin mengakui antara masalah yang ditimbulkan ialah sesetengah sekolah terutama yang tidak mempunyai prasarana sukan mencukupi seperti kemudahan padang dan kelengkapan.
Beliau berkata, mereka masih mempunyai alternatif lain seperti menjalinkan kerjasama menang-menang dengan persatuan sukan, badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menggunakan kemudahan yang dimiliki oleh pihak berkenaan.
Sukan mempunyai prospek yang amat besar dan saya yakin ia mampu dilaksanakan serta pada masa yang sama, kerajaan sedia memberikan kerjasama sewajarnya.
Selain itu, kerajaan juga mempunyai tujuan bersifat serampang dua mata dalam melaksanakan dasar ini iaitu bagi menangani masalah terlalu ramai kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti, katanya.
Selasa, 13 Agustus 2013
Kena Gusur, Sekolah Gratis Master Depok Bakal Dijadikan Pusat Perbelanjaan
Senin, 15 Juli 2013, 11:56 WIB
Komentar : 1
Republika/Agung Supriyanto
Suasana belajar di sekolah Bina Insan Mandiri atau Sekolah Master
(Masjid Terminal) yang terletak di sisi barat terminal Depok, Jawa
barat.
REPUBLIKA.CO.ID, DEPOK -- Anak jalanan dan warga miskin yang
sekolah gratis di masjid terminal (master) sekitar Terminal Depok
terancam berhenti sekolah. Pasalnya, gedung sekolah tersebut bakal
digusur karena ijin hak guna lahan di terminal sudah habis.
Ketua Yayasan Bina Insani Mandiri yang mengelola sekolah tersebut, Nur Rohim menjelaskan, ijin tersebut memang sudah habis pada 2012 sehingga memang harus dipindahkan. Saat ini, pihaknya berupaya untuk berkompromi agar pihak pengembang menyediakan lahan sebagai kompensasi penggusuran tersebut.
"Sebenarnya hak guna terminal habis 2012 dan penggusuran ini sudah dilaksanakan enam bulan lalu,"ujarnya saat ditemui RoL di Terminal Depok, Senin (15/7).
Dia menjelaskan, pihak yayasan sudah berupaya berkompromi dengan pihak wali kota dan pihak pengembang. Hasilnya, penggusuran bakal dilakukan usai lebaran.
Dari 6.000 meter lahan yang digunakan oleh yayasan, terdapat 2.000 meter lahan yang akan digusur. Beberapa bangunan yang bakal kena gusur adalah masjid, kelas untuk pendidikan anak usia dini (paud), SMP dan dapur umum.
"Sosialisasi sudah ada, kita sudah dalam tahap kompromi. Lahan-lahan yang bakal kena bakal direlokasi tapi relokasi ini yang belum menjadi titik temu,"ujarnya.
Sekolah ini menampung sekitar 5.000 siswa yang berasal dari anak jalanan dan warga miskin sekitar. Tak hanya itu, yayasan juga menyelenggarakan kelas wirausaha untuk anak jalanan. Beberapa lulusan dari Master berhasil kuliah di universitas terkemuka seperti Universitas Indonesia.

Langganan:
Postingan (Atom)